Kenapa kita menolak sekulerisme?


Pemisahan agama dari urusan kenegaraan. Iaitu mendirikan kehidupan kosong dari

panduan agama.

Sekularisme mengakui kekuasaan yang mutlak, hak yang mutlak bagi umat

manusia,apa yang dihalalkan oleh manusia ia adalah halal sekalipun semua agama
langit bersepakat tentang pengharamannya.

Dasar rasmi dalam perundangan ialah penggubalan perundangan,u’ruf,asas

perundangan semula jadi, asas perundangan Islam, kaedah-kaedah keadilan,
mengutamakan u’ruf,penggubalan undang-undang dalam menentukan suatu hukum
dan membelakangkan asas-asas syariat Islam.

Undang-undang keseksaan ( Hudud dan Qisas) ditinggalkan sama sekali.




Hakim-hakim di mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan sekadar melaksanakan undang-undang yang digubal dan tertulis disisi mereka dan sekiranya mereka menjalankan hukuman dengan yang lain dengan secara automatik ianya terbatal.


Kenapa kita menolak sekularisme?

1. Sekularisme menghalalkan perkara yang diharamkan Allah swt.dan mengharamkan

perkara yang dihalalkan oleh Allah swt.

Sekularisme adalah “Kufrun bawwahun “ kerana menolak kesempurnaan Islam dan memisahkan agama dari urusan keduniaan dan kenegaraan. Menolak syariat Islamiah dan perundangan Allah swt.


Sekularisme menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang dari kebanyakan negara-negara Islam kerana mereka tidak melaksanakan Syariat Islamiah dan perundangan Islam.
Sekularisme adalah jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan dan ortodoks.


Sekularisme melahirkan undang-undang hasil pemikiran orang-orang bodoh dan golongan pekerja.


Syariat Allah swt. Adalah tinggi dan lebih baik daripada segala bentuk perundangan atau aliran fahaman hasil ciptaan manusia.


Sekularisme ditolak oleh umat Islam kerana sebab berikut:

1. Ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.
Di dalam Syariat Islam terdapat perkara-perkara yang mahkum dan sabit yang tidak boleh menerima sebarang pindaan dan perubahan seperti hukum-hukum ibadah, hudud, hubungan jenis sesama manusia dan lain-lain lagi.

Tetapi sistem sekularisme yang menguasai pemerintahan kebanyakan negara umat Islam hari ini mengharuskan zina dengan syarat persetujuan di antara suami dan isteri . Ia juga mengharuskan liwat ( hubungan jenis sesama lelaki).Di dalam sistem sekularisme terdapat zina yang diharuskan dan mendapat kebenaran dari pihak pemerintah bahkan pihak pemerintah memberikan lesen kepada mereka dan kerajaan mengambil cukai dari perbuatan yang terkutuk dan terlarang itu.Ia juga menghalalkan arak dan menggalakkan pengeluaran kepada mereka yang berjaya menghasilkan pengeluaran yang baik

Tujuan dari perundangan sekularisma adalah semata-mata mendapatkan kebebasan hubungan jenis.Mereka bebas memilih apa jua jalan untuk memuaskan nafsu mereka. Jenayah pada pandangan mereka ialah suatu yang menentang dan menghalang tujuan mereka.Sebab itu zina,arak, riba,liwat dan sebagainya daripada berbagai bentuk kemungkaran tidak dikirakan suatu kemungkaran pada pandangan sekularisme.

Kerajaan sekularisme bukan sekadar menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah tetapi menyediakan berbagai peluang supaya kemungkaran dan maksiat terus berkembang dan berleluasa. Mereka menyediakan tempat-tempat khas untuk zina dan mengadakan pesta-pesta yang membawa ke arah maksiat.

Riba merupakan tunggak dan asas kekuatan ekonomi sistem sekular. Mereka meletakkan riba dalam bank-bank yang beroperasi serta memaksa manusia menerima sistem riba yang dijalankan Riba merupakan suatu yang diharamkan oleh Allah swt. Secara Qat’i.
Firman Allah swt:

يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وزروا ما بقى منا الربا إن كنتم مؤمنين

Maksudnya: Wahai orang–orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan apa yang tinggal daripada riba jika kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maka tatkala menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kekufuran maka jelas sekularisme bertentangan dengan ta’alim dan ajaran Islam, dasar dan perlaksanaan. Orang yang melakukan seperti itu bukanlah termasuk dalam kelompok muslimin dan secara dharurinya menjadi kemestiaan bagi orang Islam untuk menolak sekularisme dan pemerintahannya.
Firman Allah swt:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكمون فيما شجر بينهم ثما لا يجدوا فى انفسهم حرجا مما قضيت و تسلموا تسليما


Firman Allah swt:

وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم خياره من أمرهم

Firman Allah swt:


ومن لم يحكمبها انزل الله فالئك هم الكافرون
ومن لم يحكم بما انزل الله فاولئك هم الظالمون
و من لم يحكم بما انزل الله فاولئك هم الفاسقون
2.Menerima sekularisme adalah kekufuran yang nyata

Sekularisme sebagaimana yang diketahui adalah kehidupan yang nyata kosong dari konsep keagamaan atau memisahkan agama dari urusan kenegaraan.Secara jelasnya ia menuntut kepada berhukum dengan selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt. Menjalankan perundangan atau menerima perundangan yang lain dari perundangan Allah merupakan satu kekufuran yang nyata ( kufrun bawwahun).

Hasil daripada fahaman sekularisme yang dianuti oleh Umat Islam hari ini kebanyakan negara umat Islam menjalankan undang-undang ciptaan mereka yang menyalahi syariat dan perundangan Islam samada pada usul ataupun furu’ bahkan terdapat di antaranya yang membatalkan Islam dan meruntuhkannya. Sekiranya terdapat undang-undang atau peraturan yang bersamaan dengan Islam, maka ianya adalah secara kebetulan kerana ketika menggubal undang-undang mereka tidak merujuk kepada perundangan yang dijalankan di barat dan menjadikannya dasar rujukan.

Sesungguhnya ulamak mujtahidin dalam mengistinbatkan hukum telah meletakkan satu kaedah yang halus dan terperinci berdasarkan kepada Al-Quran,As-Sunnah dan prinsip-prinsip Islam. Mereka membuat Qias dan menetapkan hukum berdasarkan asas yang betul. Tetapi sekularisme tidak meletakan sebarang kaedah dalam penggubalan undang-undang dan peraturan, sekalipun apa yang mereka gubal bersamaan dengan yang betul. Panduan mereka adalah semata akal fikiran dan kecenderungan Imam Syafie’ menyatakan “Barangsiapa bersusah–susah memikirkan perkara yang ia tidak mengetahui dan memang ia tidak mengetahuinya, bersesuaian dengan dengan yang betul sekiranya secara kebetulan tanpa pengetahuan maka ia tidak dipuji dan sekiranya salah maka salahnya tidak diuzurkan kerana ilmunya tidak luas sehingga dapat membezakan di antara yang benar dan salah.”

Sesungguhnya golongan sekularisme yang menggubal perundangan sendiri tidak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah telah melakukan satu bahagian dari bahagian-bahagian kekufuran yang besar iaitu kekufuran membuat perundangan dan peraturan yang lain daripada Allah swt. Firman Allah swt :

أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يو قنون

Maksudnya: Adakah hukum jahiliah yang mereka cari dan siapakah yang terlebih baik dari Allah nisbah hukum bagi orang-orang yang yakin.

Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas: Allah swt, menolak orang yang keluar dari hukum Allah mahkumnya yang merangkumi semua kebaikan dan kejahatan berpaling kepada yang lain dari pendapat dan hawa nafsu yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin tanpa sandaran daripada syariat Allah swt, sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Tartar Jangizhan yang menyusun buku perundangan ‘Yasik’ yang merupakan himpunan hukum-hukum yang diambil dari berbagai-bagai agama seperti Yahudi,Nasrani dan Islam. Hukum-hukum perundangan yang terdapat dalam buku tersebut diambil semata-mata berdasarkan pandangan dan kecenderungannya. Seterusnya menjadi pegangan yang diamalkan oleh pengikutnya dan mereka melebihkan dan mengutamakan buku tersebut berbanding Al-Quran dan As-Sunnah.

Sesiapa yang melakukan sedemikian itu adalah kafir dan wajib diperangi sehingga kembali kepada hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya serta tidak berhukum dengan selainnya samada pada perkara yang kecil atau yang besar.

Ibnu Kathir mensifatkan apa yang dilakukan oleh Jangizan sebagai menentang Islam sedangkan di ketika itu Islam merupah asas bagi perundangannya yang digubal. Bagaimana pula dengan kedudukan sekularisme yang meletakkan Islam sebagai yang terakhir dan terkadang tidak memandang langsung tentang pandangan Islam terhadap suatu perkara.

Sheikh Mohammad Ibrahim berkata: Setengah daripada kekufuran yang besar dan nyata ialah meletakkan perundangan ciptaan manusia sama kedudukannya dengan perundangan yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad saw.

Tidak diragukan lagi apabila kita memperhatikan Al-Quran dan As-Sunnah kita akan dapati bahawa umat Islam maju dalam sudut akidah dan kepercayaan ( kerana mereka beriman kepada Allah swt.) dan seterusnya maju dan terkehadapan di sudut peradaban dan tingkah laku. Apabila kita meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah maka kita mundur di sudut akhlak dan peradaban kemanusiaan.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh sekularisme? Tidak lain melainkan ingin memisahkan agama dari negara dan pemerintahan dan mewujudkan sebuah kehidupan yang kosong dari prinsip-prinsip keagamaan, dan melenyapkan syariat Allah dalam kehakiman dan perundangan. Jadi sekularisme merupakan kemunduran di sudut akidah dan kepercayaan yang menyebabkan pelbagai bentuk kemunduran.

Sesungguhnya sekularisme bukan menyelesaikan permasalahan ummah bahkan menjadikan menjadikan masalah ummah bertambah runcing dan bertambah rumit membawa kehinaan, kebinasaan dan kemunduran .Itulah keadaan yang berlaku di kebanyakan negara Islam yang menerima sekularisme sebagai asas pemerintahan mereka.

Apabila umat Islam mengambil sekularisme sebagai penyelesaian masalah yang mereka hadapi seolah-olah mereka keluar dari satu lubang dan masuk ke dalam lubang yang lebih besar lagi sehingga mereka tidak dapat melepaskan diri lagi.

Adakah kita masih mahu menerima sekularisme sehingga kita jatuh di dalam lembah kehinaan yang tidak ada kelepasan darinya ataupun kita menolak sekularisme untuk menyelamatkan ummah kita dari kemunduran dan ortodok yang sesat dan kita mengeluarkan mereka kepada kemajuan dan perkembangan.

5.Sekularisme melahirkan undang-undang dan peraturan orang-orang bodoh dan golongan pekerja

Setiap bangsa mempunyai dasar dan asas yang tetap untuk membangunkan bangsanya. Dari dasar dan asas ini lahirlah keinginan dan cita-cita yang menjadi pusat bagi asas dan dasar-dasar yang lain. Mana-mana bangsa bersatu di atas dasar keinginan dan cita-cita yang satu . Apabila tidak ada kesatuan keinginan dan cita-cita suatu bangsa akan berpecah bahkan bangsa akan menjadi mati, tamak dan rakus kepada orang lain serta membuat permusuhan terhadap mereka.

Apa yang dilakukan oleh sekularisma terhadap keinginan dan cita-cita bangsa kita, umat Islam? Sesungguhnya kedatangan sekularisme telah melenyapkan syariat dan perundangan Allah swt. Daripada kehidupan Umat Islam dilemparkan di belakang dinding sejak beberapa kurun yang lalu, menjadikan sekularisme tempat sandaran dan rujukan.

Sekularisme datang dengan meniupkan semangat kebangsaan dan Islam tidak menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan negara menjadi asas dan kecintaan serta permusuhan, umat Islam berpecah belah dan Islam tidak menjadi penjaga dan mengawal pergerakkan mereka dan kerana itu umat dikosongkan dari cita-cita dan keinginan Islam dan ditiupkan kepada mereka cintakan negara sebagai gantinya.

Semangat kebangsaan yang dikemukan oleh sekularisme telah menimbulkan berbagai yang sehingga susah untuk diperbetulkan, negara ketiadaan rakyat dan rakyat kehilangan negara walaupun zahirnya mereka memiliki negara. Manusia hidup mementingkan diri sendiri sehingga cerdik pandai dan intelektual tidak mampu untuk membuat sesuatu kerana mereka kehilangan sandaran masyarakat kepada mereka. Kata-kata orang jahil dan bodoh menjadi pegangan dan pemerintah jatuh ketangan orang-orang yang bodoh. Apabila orang-orang bodoh memerintah maka berlakulah kerosakkan yang berleluasa, usaha yang sia-sia, pemerasan tenaga dan belenggu pemikiran.

Inilah yang di hadapi oleh masyarakat kita umat Islam di bawah pemerintahan orang-orang jahil dan bodoh daripada pemimpin-pemimpin sekularisme yang diupah oleh musuh-musuh Islam untuk menghapuskan keinginan dan kecintaan umat yang sebenar iaitu Islam dan dengan menggantikan dengan kecintaan dan semangat yang lain.

Pemimpin tersebut sebenarnya merupakan pekerja bagi pihak sekularisme bagi menyusun susunan masyarakat Islam supaya menjadi banyak bangsa untuk hidup bersama musuh-musuh mereka. Apabila kita ingin menggugurkan pemimpin-pemimpin yang bodoh maka tidak boleh tidak kita mesti menolak sekularisme supaya Islam menjadi pegangan dan rujukan bagi umat manusia dan menyerahkan pimpinan kepada orang yang bijak dan mempunyai akal pemikiran yang waras.

Apabila pimpinan dan pemerintah di tangan orang Islam yang bijak dan bertaqwa, maka masyarakat yang adil akan wujud, tidak ada sebarang penindasan dan umat manusia akan terus maju dari segi pemikiran, peradaban kemanusiaan dan kemajuan kebendaan.

Perlu disedari sesungguhnya fahaman sekularisme merupakan cetusan pemikiran golongan pekerja di Eropah yang tidak puas hati dengan pemerintahan pihak gereja, lalu mereka memisahkan bidang kuasa gereja dan pemerintahan untuk mencapai matlamat mereka. Sesungguhnya tidak ada dari yang lain matlamat mereka melainkan untuk memuaskan hawa nafsu mereka dan memperolehi apa jua yang mereka ingin tanpa menghiraukan perkara-perkara lain. Sebab itu, kita sebagai umat Islam mesti menolak sekularisme kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kerana syariat Islam adalah syariat yang tinggi.


Kita menolak sekularisme kerana agama Islam yang kita anuti adalah satu agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ini kerana fahaman-fahaman yang lain merupakan cetusan pemikiran manusia yang dangkal manakala Islam merupakan satu manhaj kehidupan yang diciptakan oleh Allah yang menciptakan manusia.

Sesungguhnya Islam telah datang supaya menjadi Deen dan cara hidup manusia seluruhnya, supaya syariat dan perundangannya merupakan perundangan seluruh umat manusia dan mengawal syariat yang terdahulu, supaya ia menjadi rujukan yang terakhir, menjadi manhaj kehidupan bagi seluruh umat manusia. Islam sudah sempurna dan tidak memerlukan sebarang penambahan dan rombakan untuk menyempurnakannya.
Firman Allah swt. :

اليوم أكملت لكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلام دينا – الأية

Syariat Islam telah memerintah kehidupan orang-orang Islam semenjak terdirinya masyarakat Islam di atas tangan Rasulullah saw, di masa pemerintahan khulafa’ Ar-Rashidin kemudian pemerintah Umawiyyin walaupun di zaman mereka berlaku beberapa penyelewengan tetapi syariat Islam tetap sebagai undang-undang yang menghakimi manusia. Seterusnya zaman pemerintahan Abbasiah, syariat Islam merupakan sistem pemerintahan negara walaupun berlakunya penyelewengan yang kuat dalam suatu perkara sehinggalah dating bangsa Tar-tar yang berjaya menguasai umat Islam dam mengemukakan Yasik sebagai perundangan,tetapi umat Islam menolak sehingga Islam tetap kekal menjadi penyelesaian bagi permasalahan umat Islam sehingga akhirnya pemerintah Tar-tar mengakui keadilan dan kebenaran Islam dan menerima Islam sebagai asas perundangan dan dasar pemerintahan. Sehinggalah sekularisma menyerang umat Islam dan menghapuskan syariat Islam dari pemerintahan dan menjadikan undang-undang yang memerintah dan kekuasaan yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang lain dari Allah swt,yang lain dari syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt.

Kerana itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengkufuri sekularisma dan menolak sistem yang berdiri di atas dasar sekularisma dan sama sekali kita tidak rela dan redha dengan sistem tersebut sehingga tertegak kekuasaan Allah dan tinggi kemuliaan Islam dan Islam adalah syarat yang memerintah manusia.

Kesimpulannya kita menolak dan tidak menerima fahaman sekularisma kerana syariat Islam yang kita anuti adalah lebih baik, lebih lengkap dan syamil,dan lebih sesuai untuk keperluan manusia. Hanya Islam sahaja yang mampu menyelesaikan berbagai permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia hari ini dan membebaskan mereka dari belenggu penguasaan sekularisma yang menccengkam dan memeras manusia.

Sekularisma ditolak kerana ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Menerima hakikat ini adalah satu kekufuran dan syirik yang keluar dari agama.

Sekularisma ditolak bukan kerana ia satu kemaksiatan tetapi merupakan kufrun bawwahu (kekufuran yang nyata). Menerima kekufuran dan meredhainya adalah satu kekufuran.الرضا بالكفر كفر

Sekularisma ditolak kerana sistem sekular yang dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara dan berhukum dengan kehendak rakyat sebagai ganti Al-Quran dan As-Sunnah telah melenyapkan dan menghapuskan negara Islam dan syariatnya.


Sekularisma juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan pemimpin-pemimpin sekular yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Marilah kita sama-sama kembali kepada Islam dan menolak segala bentuk fahaman dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki di dunia maupun di akhirat.


Category:

0 komentar:

Posting Komentar